fbpx

Djokovic cederakan penjaga garisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC (dua dari kanan) memukul bola ke arah penjaga garisan sehingga mendatangkan kecederaan menyebabkan penyertaannya pada Terbuka AS dibatalkan serta-merta. – AFP

NEW YORK – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic telah dibatalkan penyertaannya daripada ke­johanan Terbuka Amerika Sya­rikat (AS) serta-merta selepas memukul bola tenis ke arah penjaga garisan pada aksi pusingan ke­empat awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Djokovic yang juga pilihan pertama kejohanan ketinggalan 5-6 kepada pemain bukan pilihan, Pablo Carreno Busta sebelum memukul bola ke arah penjaga garisan wa­nita sehingga menyebabkan dia sesak nafas dan perlawanan dihentikan.

Susulan itu, pengadil perlawanan, Soeren Friemel mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan Djokovic sekali gus memberi kemenangan percuma buat Carreno Busta bagi melangkah ke aksi suku akhir Terbuka AS.

Kata Djokovic, reaksi tersebut dilakukan secara tidak sengaja te­tapi dalam masa yang sama menerima keputusan pihak pe­nganjur untuk membatalkan penyertaannya.

“Situasi yang berlaku ini membuatkan saya cukup sedih tetapi lega apabila wanita itu tidak mengalami kecederaan serius. Ia adalah satu pukulan yang tidak disengajakan tetapi saya perlu memohon maaf kepadanya.

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan ia peluang untuk memperbaiki sikap supaya menjadi atlet yang lebih baik,” katanya dalam laman sosial Instagram peribadinya semalam.

Sementara itu, pengajur kejohanan, Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) mengesahkan se­gala wang kemenangan serta mata ranking Djokovic sepanjang kejuaraan itu turut dibatalkan.

Sebagai rekod, Djokovic menjadi pemain kedua selepas pemain legenda AS, John McEnroe dibatalkan penyertaan pada ke­juaraan bertaraf Grand Slam di Terbuka Australia pada edisi 1990. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI