fbpx

Robert Pattinson dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERT PATTINSON

Aktor yang kini sedang melakonkan watak adi wira, Batman, Robert Pattinson kini positif virus Covid-19.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh majalah Vanity Fair, keputusan tersebut mengakibatkan keseluruhan penggambaran filem DC paling dinanti, The Batman terpaksa ditangguhkan serta-merta.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penerbit, penggambaran terpaksa dihentikan selama beberapa hari memandangkan salah seorang ahli kru dijangkiti wabak maut berkenaan.

Bagaimanapun, pihak produksi enggan mendedahkan identiti kru terlibat tetapi dipercayai individu itu adalah Pattinson.

Dalam satu temu bual berasingan tidak lama selepas itu, hero filem Twilight itu memberitahu majalah GQ bahawa dia sedang menjalani kuarantin di apartment yang disewakan pihak Warner Bros di London, sekali gus menguatkan dakwaan media terhadap Pattinson.

“Saya langsung tidak berbuat apa-apa dan hanya duduk di rumah sehingga tempoh kuarantin ini tamat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI