fbpx
Anggota polis menahan suspek kerana menimbulkan kekecohan selepas mencuri parang di Taman Ria, Sungai Petani hari ini.

Lelaki curi parang, buat kecoh ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh NUR SYAZWANA MANSOR

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki mencuri sebilah parang dari sebuah kedai perkakasan sehingga menimbulkan kekecohan ditahan polis dalam kejadian di Taman Ria di sini hari ini.

Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan di kawasan bangunan kedai perumahan tersebut pada pukul 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan mendapati suspek masuk ke dalam sebuah kedai perkakasan dan melarikan sebilah parang.

“Suspek kemudian membuat kecoh sambil memegang parang  sehingga menimbulkan suasana panik dalam kalangan orang awam,” katanya.

Menurutnya,polis yang menerima laporan berhubung kejadian bergegas ke lokasi dan mendapati suspek sedang mengugut seorang lelaki dengan parang.

“Polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang,tetapi dia enggan sehingga menyebabkan berlaku pergelutan.

“Suspek akhirnya berjaya diberkas dan mengalami kecederaan antaranya bengkak dan luka di bahagian atas kening mata sebelah kiri,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah lampau termasuk kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1958.

“Suspek dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan ugutan jenayah. -K! ONLINE