fbpx

Kerjasama warga PDRM bantu jaga Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZARUDIN Husain (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Boon Keng (kanan) yang akan memangku jawatan Ketua Polis Perak dengan disaksikan Zainal Abidin (tengah) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak di Ipoh hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menyifatkan kerjasama dan komitmen penuh dalam kalangan warga polis Kontinjen Perak membolehkan negeri itu dapat dijaga dengan baik.

Beliau berkata, idea-idea bernas dan sikap proaktif yang ditunjukkan pegawai dan anggota juga amat memberangsangkan selain mendapat sokongan padu mereka sepanjang kariernya di negeri berkenaan.

“Sepanjang perkhidmatan saya, Perak adalah negeri yang kita dapat kawal dengan baik. Bukan disebabkan saya sebagai ketua polis sebaliknya kerjasama warga PDRM yang tahu tugas dan tanggungjawab mereka.

“Terima kasih saya ucapkan terutama kepada ketua jabatan, ketua polis daerah, ketua polis balai dan warga PDRM lain yang terlibat menentukan negeri ini dalam keadaan yang sangat selesa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan di sini hari ini.

Razarudin yang memulakan khidmat di Perak sebagai Timbalan Ketua Polis Perak pada 8 Jun 2018 sebelum menggalas jawatan Ketua Polis Perak pada 26 Mac 2019, kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Berikutan pertukaran Razarudin itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng kini memangku jawatan Ketua Polis Perak.

Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu diadakan di Mes Pegawai Kanan yang turut disaksikan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI