fbpx

Bekas tahanan ekstremis dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan kumpulan Al-Maunah dikawal ketat oleh pasukan polis selepas ditahan di Bukit Jenalik, Sauk, Kuala Kangsar pada tahun 2000.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pergerakan kumpulan ekstremis dan ajaran sesat dalam negara sekali gus dapat mengenal pasti bekas tahanan yang dibebaskan atas kesalahan tersebut yang kembali aktif.

Satu sumber berkata, dua kumpulan terbabit tidak pernah terlepas daripada radar PDRM sebaliknya pergerakan mereka yang bertentangan de­ngan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini sentiasa dalam pengawasan.

“Kehidupan bekas-bekas banduan yang terlibat dalam kumpulan ekstremis dan ajaran sesat itu sama seperti orang biasa selepas dibebaskan, malah bimbingan diberikan kepada mereka ketika menjalani hukuman untuk dijadikan pegangan agar tidak terjebak lagi dalam aktiviti lampau.

“Apa yang boleh saya jelaskan di sini, pihak polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan-kumpulan itu dan tidak timbul isu kita tidak tahu apa mereka (ahli kumpulan) buat termasuk yang dibebaskan daripada tahanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas me­ngenai pembebasan 13 bekas kumpulan Al-Maunah pada 17 Ogos lalu setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63, sumber memberitahu, pihaknya yakin Lembaga Pengampunan telah meneliti perkara tersebut dan keputusan dibuat berdasarkan prinsip keadilan yang jitu.

“Saya tidak mahu sentuh isu pembebasan dan apa yang boleh saya jelaskan pemantauan termasuklah proses pemulihan dilakukan selain terus dibantu untuk menjalani kehidupan baharu.

“Semua agensi berkaitan perlu tampil santuni mereka,” ujarnya.

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, bantuan zakat boleh dipohon oleh bekas banduan sekiranya mereka tergolong dalam golongan asnaf berdasarkan syarat permohonan bantuan zakat Baitulmal MAIWP.

“Terdapat 28 skim bantuan yang ditawarkan merangkumi aspek keperluan asasi, tempat tinggal, perubatan, pendidikan, keusahawanan dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI