fbpx

Tiga lelaki terlepas ke tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada tiga lelaki yang dituduh membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan tiga lelaki yang dituduh membunuh bersubahat melakukan perbuatan jenayah bunuh terhadap seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Shahnaz Sulaiman melepas dan membebaskan Gan Jia Ji, 22; Yip Kah Hou, 26; dan Woon Kian Hui, 25, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, Shahnaz berkata, terdapat beberapa alasan yang menyebabkan kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan antaranya bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tidak jelas dan kabur untuk mengaitkan mereka melakukan pembunuhan itu.

“Mahkamah juga mendapati pihak pendakwaan juga gagal membuktikan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap darah yang ditemui di lokasi kejadian selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

“Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta jenis BMW yang digunakan untuk melakukan jenayah tersebut dengan kesemua tertuduh,” katanya ketika membaca penghakimannya.

Mengikut kertas pertuduhan, Jia Ji selaku tertuduh pertama didakwa dengan niat bersama lima yang masih bebas melakukan kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian Tan Aik Chai, 44.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini pada pukul 7.30 malam, 17 Disember 2017.

Manakala Kah Hou dan Kian Hui didakwa bersama dua lagi yang masih bebas dengan niat melakukan persubahatan jenayah untuk membunuh mangsa, lokasi dan waktu yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 17 Disember 2017 media melaporkan seorang lelaki maut ditikam dan digilis dengan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, Tan Aik Chai, 44, meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum itu, mangsa bersama isterinya seorang warga asing berusia 20-an menaiki sebuah kereta Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta.

Mangsa dihampiri sebuah kereta BWM dinaiki sekumpulan lelaki sebelum dia ditarik dan ditikam selain dilanggar serta digilis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN