fbpx

Pintu rezeki Nuramalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuramalina Ghakashah.

PENGALAMAN lima tahun sebagai pramugari di dua syarikat penerbangan tempatan membuka ruang buat gadis berusia 28 tahun ini untuk membentuk dirinya tampil lebih berkeyakinan.

Menariknya, pemegang diploma daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering, Terengganu, Nuramalina Ghakashah pernah menceburi bidang produksi muzik bersama penyanyi popular Aizat Amdan pada tahun 2013.

Jelas anak bongsu daripada tiga beradik yang berasal dari Kuala Lumpur itu, kerjaya sebagai pramugari bukan semudah yang disangka ekoran perlu bertanggungjawab menjaga ratusan orang dalam perut kapal terbang sekali gus menuntut kesabaran serta disiplin tinggi.

Kosmo! Ahad: Bagaimana terdetik mahu libatkan diri dalam dunia penerbangan?

Nuramalina: Pada mulanya, saya sekadar mahu mencuba ketika menyertai Malaysia Airlines. Lama-kelamaan saya sedar ia banyak membantu dari segi komunikasi dan membina keyakinan diri. Saya kemudian menyertai Air­Asia pada 2017 dan di situ kerjaya saya semakin berkembang dan mampu menguasai bahasa Mandarin kerana ramai penumpang dari China.

Apa cabaran sebagai pramugari?
Kelewatan penerbangan atas faktor teknikal dan cuaca. Anak kapal perlu berada di barisan hadapan untuk mengawal emosi serta memberi penerangan secara profesional kepada penum­pang bagi mengelakkan berlaku sebarang kekecohan.

Kenangan manis dalam kerjaya?
Menceburi bidang media komersial. Sebenarnya kerjaya pramugari ini bermula de­ngan percubaan tetapi AirAsia mengimbangkan minat saya dalam lakonan dan penerbangan.

Apa aktiviti anda sepanjang pandemik Covid-19?
Dalam tempoh tersebut saya dapat tawaran berlakon dalam klip video Nabila Razali bertajuk Peluang Kedua serta beberapa lagi klip video dengan gandingan Harith Zazman, MFMF dan Loca B yang baru saja ditayangkan pada pertengahan Jun lalu.

Aktiviti waktu lapang?
Percutian pendek, ‘memburu’ makanan, main boling serta me­ngunjungi pusat karaoke.

Bagaimana anda berdepan dengan pengikut di Instagram?
Ambil berat mengenai pertuturan serta tingkah laku supaya tidak dikecam selain tidak me­nyentuh isu-isu sensitif.

Cara hadapi kecaman negatif daripada netizen?
Mental perlu kuat untuk menghadapi sebarang kecaman. Selain itu, kita juga perlu ada sikap terbuka dan merendah diri untuk meminta maaf sekiranya terbukti pendapat kita itu salah.

Tips untuk yang ingin memilik pengikut ramai di Instagram?
Penjenamaan diri sendiri iaitu cara kita memperagakan busana, penampilan diri serta fotografi antara faktornya. Jangan me­lakukan sesuatu yang sensasi.

Antara cantik dan bijak mana menjadi pilihan Nuramalina?
Semestinya bijak.

Nasihat dalam me­nguruskan ke­trampilan diri.
Berani mencuba dan berusaha mencapainya. Setiap orang ada zaman naik dan jatuh. Apa yang membezakan mereka ialah cara untuk menghadapinya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI