fbpx

Guru maut elak lembu tiga hari sebelum ulang tahun kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat guru lelaki yang maut, tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya selepas terbabit kemalangan dipercayai kerana cuba mengelak lembu di Jalan Air Pa’abas Alor Gajah, Melaka.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

ALOR GAJAH – Seorang guru lelaki maut, tiga hari sebelum ulang tahun kelahirannya selepas terbabit kemalangan dipercayai kerana cuba mengelak lembu di Jalan Air Pa’abas di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa Mohd. Sharidan Abu Bakar, 32, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave maut ditempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Air Pa’abas menghala ke arah Lendu sebelum motosikal ditunggangi terbabas.

“Mangsa yang merupakan guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Pegoh dipercayai cuba mengelak lembu dan terbabas sendiri ke bahu jalan sebelah kiri.

“Mangsa kemudian tersangkut di atas pagar dawai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Arshad berkata, kemalangan itu berlaku dalam cuaca baik, jalan lurus, dan permukaan jalan yang kering.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI