fbpx

Bekalan air minuman dan mineral mencukupi – KPDNHEP KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNHEP KL sedang melakukan pemeriksaan bekalan air mineral dan air minuman di sebuah pasar raya di ibu kota.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur memaklumkan bekalan air mineral dan air minuman mencukupi ketika ini.

Bagaimanapun, Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, peniaga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga air mineral dan air minuman berikutan isu gangguan bekalan air pada masa ini.

“KPDNHEP KL mengambil maklum isu berkenaan kedudukan bekalan air mineral dan air minuman di pasaraya dan kedai runcit berikutan masalah bekalan air yang sedang melanda.

“Pemeriksaan segera di semua pasaraya dan kedai runcit sekitar Kuala Lumpur telah dilakukan semalam untuk memastikan bekalan air mineral dan air minuman mencukupi dipasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama Ariffin berkata, peniaga juga diingatkan supaya meletakkan tanda harga yang jelas pada setiap barang jualan agar tidak mengelirukan pengguna.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga yang ingkar terhadap arahan ini dan mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011,”jelasnya.

Tambahnya, kementerian memberi peringatan kepada mana-mana individu mahupun syarikat supaya tidak sewenangnya mengaut keuntungan berlebihan dalam memanipulasi isu gangguan bekalan air yang sedang berlaku ketika ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI