fbpx

Manusia tertinggi di Malaysia mahu jumpa PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azli bersama penduduk kampung di Gua Musang.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Manusia tertinggi di Malaysia, Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 26, meluahkan hasrat untuk bertemu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dia yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 di sini mahu menyampaikan hasrat peribadinya dan meluahkan masalah penduduk kampungnya.

Jelasnya, dia sangat kagum dengan keperibadian Perdana Menteri yang sentiasa tenang dan begitu mesra rakyat dalam pentadbirannya.

“Saya berharap dapat jumpa Perdana Menteri. Kalau boleh saya mahu salam dia sebab saya memang kagum dengannya.

“Saya juga nak cerita masalah dekat kampung ini termasuk masalah peneroka RKT Kesedar Paloh 3,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Azli yang berketinggian 220 sentimeter (2.2 meter) berkata, dia kini berniaga burger selepas cita-citanya menjadi tentera berkubur disebabkan faktor kesihatan dan ukuran badan terlalu tinggi.

 

Mohd. Azli bersama bapanya, Abdul Ghani Omar dan ibunya, Halimah Kunju Mohamad.

Dia yang merupakan pelajar lepasan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka, Alor Setar, Kedah menegaskan tidak pernah menganggap dirinya istimewa meskipun mempunyai ketinggian luar biasa.

“Jika keluar ke bandar Gua Musang, saya sering menjadi tumpuan kerana orang ramai ingin merakamkan gambar kenangan.

“Bagaimanapun, ketinggian saya ini menyebabkan saya sering letih, kerap berpeluh dan tidak boleh berdiri lama,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Abdul Ghafar Omar, 74, berkata, ketinggian badan anaknya itu disedari ketika berumur 14 tahun dan sering berhadapan masalah mencari pakaian.

“Berat badannya kini ialah 130 kilogram dan saiz kasutnya ukuran 16,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI