fbpx

Garcia tempah slot pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARCIA mencatat kemenangan straight-set ke atas Pliskova untuk mara ke pusingan ketiga Terbuka AS awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain tenis Perancis, Caroline Garcia mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan pilihan pertama, Karolina Pliskova dengan kemenangan straight- set pada aksi pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam.

Pada aksi tersebut, Garcia tidak mempunyai masalah untuk merekodkan kemenangan 6-1, 7-6 dalam tempoh 90 minit untuk menempah pertemuan dengan Jennifer Brady di pu­singan ketiga.

Kata Garcia, dia terpaksa memberi tumpuan sepenuh­nya pada set kedua yang mana Pliskova berusaha untuk bangkit membawa perlawanan ke set penentuan.

“Saya gembira apabila berjaya meraih kemenangan ini yang bukan mudah untuk diraih apabila bertemu dengan pemain berkualiti yang juga pi­lihan pertama kejohanan se­perti Pliskova.

“Secara jujur, ia adalah perlawanan yang sukar kerana Plis­kova memberikan cabaran khususnya pada set kedua tetapi saya berjaya mengekalkan momentum dan tenang sehingga tamat perlawanan,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Brady, Garcia mengakui dia perlu menggandakan usaha dan tidak boleh terleka kerana apa sahaja boleh berlaku.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI