fbpx

VIC agih termometer untuk kegunaan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Kelab Volunteer I Care (VIC), Muhammad Afiq Aiman Sukry (kanan) menyampaikan sumbangan termometer automatik kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Kamaruddin Ibrahim di SMK Dato Ismail, Pasir Puteh, hari ini.

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Lima buah sekolah di daerah ini menerima sumbangan dua buah termometer automatik bagi pemeriksaan suhu badan pelajar tanpa perlu pengawasan guru.

Sekolah yang menerima sumbangan itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Ismail, SMK Sungai Petai, SMK Bukit Jawa, SMK Jeram dan Sekolah Kebangsaan (SK) Gaal,

Pengerusi Kelab Volunteer I Care (VIC), Muhammad Afiq Aiman Sukry berkata, pelajar hanya perlu meletakkan dahi mereka pada alat berkenaan untuk mendapatkan bacaan suhu badan secara automatik.

Menurutnya, ia akan menjimatkan tenaga dan masa guru yang sebelum ini menggunakan termometer manual bagi tujuan berkenaan.

“Selain termometer, kita turut menyumbang 250 pelitup muka kain kepada pelajar asnaf di sekolah tersebut.

“Sumbangan ini berjaya disalurkan hasil sumbangan orang ramai kepada VIC yang turut mengambil bahagian membantu mereka yang memerlukan sepanjang pandemik Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyampaian sumbangan berkenaan di SMK Dato Ismail di sini hari ini.

Muhammad Afiq berkata, VIC juga telah berjaya mengagihkan pek makanan kepada 100 asnaf di daerah Bachok dan 50 asnaf di Kedai Buloh, Kota Bharu sepanjang Ogos lalu.

Selain itu katanya, pihak VIC juga berjaya mengumpulkan dana RM 108,176 hasil sumbangan 2,969 penderma menerusi projek wakaf Ambulan Asnaf.

“Kami masih memerlukan RM53,997 bagi pembelian sebuah ambulan yang akan digunakan sebagai pengangkutan asnaf ke hospital.

“Sehingga kini, kami hanya menyewa ambulan swasta untuk membawa pesakit kronik dalam kalangan asnaf untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital,” katanya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI