fbpx

Kembara 90km pecah cermin, curi kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim (tengah) menunjukkan barang-barang kes pada sidang akhbar berhubung kejadian pecah cermin kereta sekitar bandar Seremban di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, hari ini.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN: Seorang lelaki sanggup berulang-alik sejauh 90 kilometer iaitu dari Klang, Selangor ke bandar ini semata-mata untuk melakukan jenayah pecah cermin kereta dan mencuri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, suspek berusia 43 tahun itu aktif melakukan jenayah berkenaan sejak Julai hingga 24 Ogos lalu sebelum ditangkap.

“Suspek disyaki terbabit dengan 19 kes pecah cermin kereta dan curi dengan nilai kerugiaan berjumlah RM100,000.

“Suspek ditangkap pada 25 Ogos lalu di sebuah rumah di Klang selepas siasatan yang dijalankan polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, suspek berulang alik dari Klang ke Seremban dengan menaiki kereta jenis Nissan Cefiro untuk melakukan jenayah itu di sekitar bandar ini.

“Suspek menggunakan batang besi untuk memecahkan cermin kereta sebelum mengambil barangan berharga yang ditinggalkan.

“Lelaki itu menyasarkan kenderaan yang diletakkan di kawasan sunyi di tempat tumpuan orang ramai untuk melakukan jenayah itu,” jelasnya.

Menurut Mohd. Said lagi, polis menemui barangan seperti komputer riba, kamera dan kasut dipercayai hasil curi di rumah suspek.

“Suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.

“Polis juga percaya suspek turut terlibat dengan jenayah sama di Shah Alam dan daerah lain,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tujuh tahun dan sebat.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI