fbpx

516 kes keracunan di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tengah) pada sidang akhbar di KKM di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 516 kes keracunan makanan dilaporkan di negara ini pada tahun lalu dengan 150 daripadanya dilaporkan di sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.2 peratus daripada 500 kes bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Katanya, sebanyak 66 kes keracunan makanan di sekolah bukan Kementerian Pendidikan, institusi (132) dan premis luar (18).

“KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan pengendali yang boleh menimbulkan keracunan makanan akan diambil tindakan.

“Selain itu, setiap pengendali mesti menjalani kursus penyediaan makanan selain mendapatkan suntikan tifoid,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 bertemakan Keselamatan Makanan di Pasar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Sementara itu, Adham berkata, pihaknya juga menyiasat jika bekalan bahan makanan ke sekolah melebihi tarikh luput memandangkan ia sudah menjadi bahan tercemar.

“Kalau makanan melebihi tarikh luput khususnya makanan dalam tin memang kita pantau.

“Sebab itu, kita pastikan selain mengendalikan makanan segar, kita menyiasat juga sama ada bekalan bahan melebihi tarikh luput sebab ia bahan tercemar kalau dah luput,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI