fbpx

[VIDEO] #KEMASKINI Budak 6 tahun lemas di Sungai Kedondong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui celahan batu selepas hanyut dalam kejadian kepala air di Sungai Kedondong di Kuala Kubu Bharu hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai mati lemas selepas hanyut ekoran kejadian kepala air di Sungai Kedondong, Kuala Kubu Bharu di sini petang ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, mangsa, Abdul Wafi Abd. Rashid ditemui anggota bomba dicelahan batu selepas dihanyutkan arus deras.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.09 petang sebelum sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba dimaklumkan terdapat 16 individu membabitkan tiga kumpulan berkelah di kawasan itu terperangkap akibat kepala air dengan lima daripadanya dihanyutkan arus deras.

“Seorang wanita dipercayai naik sendiri ke tebing, manakala dua lelaki berjaya menyelamatkan diri dengan duduk di atas batu sementara seorang lagi wanita diselamatkan anggota bomba.

“Kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus deras itu pula, ditemui pada pukul 5.44 petang dan pihak bomba mengalami kesukaran untuk membawa mangsa ke tebing susulan air deras,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI