fbpx

Pengundi Cina mula percaya BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wee Ka Siong.

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuktikan kaum Cina kini kembali memilih Barisan Nasional (BN).

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Slim Utara yang mempunyai 1,277 orang pengundi Cina iaitu 60.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, majoriti BN menang 304 undi berbanding 943 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelasnya, perkara sama turut berlaku di PDM Pekan Slim yang mempunyai 707 orang pengundi Cina iaitu 22.9 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi di mana majoriti BN menang 694 undi berbanding 662 undi pada PRU-14.

“Di PDM Kuala Slim yang mempunyai 242 orang pengundi Cina iaitu 12.4 peratus dari jumlah keseluruhan pengundi, majoriti BN menang 767 undi berbanding PRU-14 di mana BN kalah 44 undi.

“Ini mesej jelas, ini mesej lantang dan kita dalam BN pasti akan menghargai mesej rakyat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI