fbpx

Lelaki maut kereta terjunam dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hisham

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu berhampiran Kampung Banir Belikong, Selising di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Hisham Mohd. Hashim, 42, yang memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback secara bersendirian maut dalam kejadian pukul 1.15 petang.

Saksi kejadian, Muhammad Arif Adnan, 22, berkata, ketika nahas berlaku, dia sedang berehat sambil menunggu kehadiran pelanggan di kedai menjual ayam miliknya.

Menurutnya, dia kemudian dikejutkan dengan kehadiran sebuah kereta yang secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam tali air tersebut.

“Saya dan orang ramai di kawasan sekitar terus berlari ke arah lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

“Kami tidak dapat memberikan bantuan awal kerana keadaan ketika itu terlalu sukar. Susulan daripada itu, salah seorang daripada kami yang berada di tempat kejadian menghubungi bomba untuk bantuan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II berkata, Jaffar Jusin berkata, seramai lapan anggota termasuk seorang pegawai bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.24 petang.

Katanya, bomba mengambil masa selama sepuluh minit untuk operasi tersebut.

“Ketika itu mangsa sudah pun meninggal dunia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI