fbpx

Lelaki maut kepala terhantuk batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menguruskan mayat mangsa sebelum dibawa turun dengan menggunakan helikopter selepas tergelincir di Lata Medang, Kuala Kubu Bharu semalam.

HULU SELANGOR – Aktiviti riadah sekumpulan lelaki bersempena cuti hujung minggu di kawasan air terjun Lata Medang di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia selepas tergelincir.

Mangsa, Abdullah Ammar Mohd. Sharimshah, 22, dikatakan terhantuk pada batu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu dipercayai berlaku ketika Abdullah Ammar yang berasal dari Pekan Meru, Klang merakam gambar bersama rakan-rakannya di kawasan air terjun berkenaan.

Semasa merakamkan gambar menggunakan telefon bimbit, pemuda tersebut tergelincir dan kepalanya terhantuk pada batu.

Difahamkan, mangsa pergi beriadah di kawasan air terjun itu bersama empat lagi rakannya.

 

ABDULLAH AMMAR

 

Selepas kejadian itu, rakan-rakan mangsa terpaksa pergi ke satu lokasi lain untuk membuat panggilan kepada bomba yang mengambil masa kira-kira 30 minit dari kawasan kejadian berikutan tiada liputan telekomunikasi di kawasan air terjun tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya me­nerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam penda­kian untuk tiba di lokasi air terjun tersebut.

“Operasi membawa turun mangsa terpaksa dilakukan menggunakan helikopter bomba,” katanya kepada Kos­mo! Ahad di sini semalam.

Menurut Norazam, mayat Abdullah Ammar dibawa turun pada pukul 3.40 petang di Padang Millenium di sini.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu di sini untuk proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI