fbpx
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang rentung dalam nahas babitkan dua lori

Pemandu lori rentung babitkan nahas dua lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori rentung apabila kenderaannya terbakar selepas melanggar sebuah lagi lori di kilometer 6.2 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.19 pagi itu,  mangsa yang maut belum diketahui identitinya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.21 pagi.

Katanya, sebaik tiba 11 minit kemudian didapati lori membawa muatan skrap itu terbakar hampir keseluruhannya.

“Kita mengambil masa hampir 20 minit untuk operasi pemadaman dan mendapati seorang lelaki tersepit dan rentung sepenuhnya.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada anggota polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -K!ONLINE

POPULAR