fbpx

Pelakon Black Panther mati akibat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chadwick Boseman

KUALA LUMPUR – Pelakon utama filem ‘Black Panther’, Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus di Los Angeles, California, Amerika Syarikat semalam.

Boseman, 43, disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.

Semasa menghembuskan nafas yang terakhir, mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya.

Memetik kenyataan ahli keluarga Boseman di laman twitter rasmi miliknya @chadwickboseman mengesahkan perkara terbabit.

“Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.

“Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari,” menurut kenyataan itu.

Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T’Challa dalam filem Black Panther.

Sebelum popular menerusi watak Black Panther terbitan Marvel Cinematic Universe, Boseman pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI