fbpx

LunaLyra mahu lahir lebih ramai jutawan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Mimpi ngeri akibat gagal berniaga di bawah konsep MLM meninggalkan trauma buat pengasas syarikat Faisha International Sdn. Bhd. pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Lunalyra untuk terus berjuang dalam bidang perniagaan baharu.

Bagi Ahmad Fakhruddin Mohd. Nasir, 31 dan isterinya, Nurul Sharina Mohamd Rosli, 30, mereka lebih percaya kepada kerja makan gaji di sebuah syarikat swasta lebih daripada tujuh tahun demi meneruskan kelangsungan hidup sekeluarga.

Namun kerana tekanan kerja yang dialami semakin serius sehingga menyebabkan mereka tiada masa untuk diri sendiri dan keluarga membuatkan satu keputusan nekad perlu dibuat.

Menurut Ahmad Fakhrudin bidang pertama yang diceburinya ialah penghantaran makanan tetapi ia hanya bertahan selama dua bulan dan pihaknya mengalami kerugian yang banyak kerana ilmu perniagaan dan pemasaran yang kurang dipelajarinya.

“Ia tidak melemahkan semangat kami, saya dan Nurul Sharina mula menceburi bidang jualan produk penjagaan kecantikan keluaran syarikat lain sehingga membolehkan kami mencatat jualan sehingga RM1 juta dalam tempoh setahun.

“Ia hanya berniaga dari rumah dan kami menyusun strategi untuk meningkatkan promosi serta jualan selain menguatkan sistem sokongan daripada ejen dan pengedar dari seluruh negara,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Melihat kepada kejayaan tersebut, kami lebih berkeyakinan untuk membangunkan empayar perniagaan sendiri dengan membangunkan produk hasil kajian dan pembangunan yang dilakukan bagi menghasilkan LunaLyra.

“Dalam tempoh sebulan produk ini mendapat sambutan yang sangat baik kerana dalam tempoh sebulan sahaja, ia mencatat jualan sehingga RM1.3 juta meskipun ketika itu kami memulakan perniagaan dengan bermodalkan sifar,” jelasnya.

Ahmad Fakhrudin menjelaskan, LunaLyra yang merupakan produk penjagaan kesihatan itu membantu meningkatkan kualiti kesihatan pelangga khususnya pada bahagian kulit, rambut dan kuku.

Mengulas lanjut, projek suplimen nombor satu di Malaysia yang berbentuk serbuk berperisa bluberi itu telah berada di pasaran sejak awal tahun ini.

Tambah beliau, produk berkenaan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan sehingga mencecah kepada RM500,000 dan mengunjurkan jualan bakal mencecah kepada RM7 juta menjelang akhir tahun ini.

Suplimen yang mengandungi akti oksidan dan vitamin C itu dibungkus dalam bentuk sachet yang mudah dimakan oleh para pelanggannya.

Mengulas lanjut, Ahmad Fakhrudin menerangkan, bagi menyokong pertumbuhan jualan, syarikatnya kini memiliki seramai 1,000 pengedar, ejen dan dropship malah menyasarkan nilai tersebut bertambah kepada 5,000 pengedar menjelang tahun hadapan.

Produk berkenaan dijual secara online dan pihaknya kini memiliki lebih daripada 17 platform digital yang menggalakkan jualan terus meningkat meskipun pelaksanaan PKP pada pertengahan Mac lalu.

“PKP memberi rahmat kepada kami kerana ramai pengedar yang mempromosikan produk di media sosial berjaya mencatat jualan yang baik,” jelasnya.

Mengulas mengenai pelan perancangan syarikat pada tahun depan Ahmad Fakhrudin mahu menjadikan syarikatnya membantu menambah lebih ramai jutawan Melayu di pasaran domestik serta bakal memperkenalkan tiga produk baharu bagi melengkapkan lagi produk keluaran sedia adanya serta mampu meningkatkan jualan pada paras yang lebih baik.

“Kami mahu melahiran 5,000 usahawan digital yang mampu menjana pendapatan lebih daripada RM5,000 sebulan hanya berkonsepkan berniaga dari rumah,” terang beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI