fbpx

Arak seludup bukan lampin pakai buang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arak seludup yang ditemui dalam sebuah lori di Kilometer 19.2 Jalan Klang - Shah Alam.

KLANG – Modus operandi satu sindiket penyeludupan arak menggunakan lori gagal selepas dipatahkan pihak berkuasa di Kilometer 19.2 Klang – Shah Alam di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, minuman keras itu diisytiharkan sebagai lampin pakai buang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Superintendan Zulafendy Hassan berkata, pemeriksaan awal mendapati belakang lori itu telah ditutup dengan tulisan sebuah pasar raya dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan kemudiannya menemui 373 kotak minuman keras seludup pelbagai jenama yang dianggarkan berjumlah RM407,802.26 termasuk cukai.

“Justeru, kita menahan pemandu lori itu yang merupakan warga tempatan berusia 39 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut merampas lori berkenaan dan sebuah telefon bimbit untuk tindakan lanjut.

Zulafendy memberitahu, siasatan awal mendapati arak tersebut adalah bagi pasaran di sekitar Klang dan Kuala Lumpur.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Klang dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” jelasnya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI