fbpx

Dua projek rundingan terus diluluskan Guan Eng – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida

PUTRAJAYA – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mendedahkan dua projek bernilai RM170.79 juta yang dianugerahkan secara rundingan terus kepada kementeriannya dijalankan oleh Lim Guan Eng selaku bekas Menteri Kewangan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, dua projek berkenaan ialah projek Sisa Pepejal Taman Beringin bernilai RM170,294,400 dan Sistem Perisian Perakaunan Century bernilai RM501,206.37.

“Saya mengesahkan bahawa rundingan terus tersebut dijalankan Guan Eng sendiri.

“Ini bertentangan sama sekali dengan permainan fakta yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan yang menuduh bahawa rundingan terus projek sisa pepejal Taman Beringin dimulakan oleh kementerian saya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Zuraida berkata, penasihat syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar, yang merupakan penyokong tegar PH telah mewakili syarikat tersebut bertemu Guan Eng pada 28 November 2018.

Katanya, Guan Eng, pada pertemuan itu, bukan sahaja membincangkan tentang rundingan semula projek tersebut malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10 peratus lebih rendah daripada kos asal kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan.

“Guan Eng kemudian menasihatkan Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal.

“Seterusnya, projek tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT,” katanya.

Katanya, projek perisian Century yang turut melibatkan lima kementerian lain juga diluluskan Kementerian Kewangan.

“Saya berharap, pada masa hadapan pemimpin PH dapat membuat sedikit penyelidikan tentang fakta sebelum mengelirukan orang awam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI