fbpx

Safawi berhijrah selepas tamat musim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safawi bakal berkelana ke kelab Liga Portugal, Portimonense SC sebaik sahaja musim Liga M tamat pada 10 Oktober depan. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan pe­nyerang sensasi Harimau Selatan, Safawi Rasid hanya akan berhijrah selepas tamat baki saingan Liga Super musim ini.

Sebagai rekod, JDT telah bersetuju untuk menjual pemain berusia 23 tahun itu kepada kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC selepas me­nerima tawaran yang diberikan, namun nilai perpindahan Safawi tidak didedahkan.

Tunku Ismail berkata, pasukan JDT yang dikendalikan oleh Benjamin Mora akan melepaskan khidmat penyerang kelahiran Dungun, Terengganu itu apabila tamat saingan Liga Super pada 10 Oktober depan.

“Kelab JDT akan lepaskan (Safawi) selepas habis saingan Liga Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada Safawi yang telah dikesan bakatnya oleh Terengganu (T-Team) sebelum menjadi pemain bertaraf bintang bersama JDT.

“Ini adalah sejarah baharu kerana kelab tersebut (Portimonense SC) telah meneliti potensi Safawi sebelum mengemukakan tawaran rasmi dan bukan menerusi kroni atau sebagai­nya,” katanya dalam satu kenya­taan semalam.

Safawi mula mencipta nama sebagai pemain profesional seawal musim 2015 bersama pasukan T-Team (kini Terengganu FC II) sebelum berhijrah ke JDT pada tahun 2017.

Terdahulu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan tawaran rasmi telah diterima oleh pihak pengurusan JDT pada malam kelmarin tetapi perincian mengenai nilai perpindahan tidak didedahkan.

“JDT ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid daripada Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal. Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi.

“Justeru, kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest.

Safawi dianggap sebagai salah seorang pemain paling berbakat Malaysia ketika ini selain menjadi tunjang utama skuad Harimau Malaya yang bersaing dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI