fbpx

Masya beli rumah RM300,000 tunai hasil menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masya mengakui sikap tidak suka berhutang membuatkan dirinya membeli satu unit kondomonium secara tunai.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Masya Masyitah menjelaskan dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk apabila berjaya membeli satu unit kondominium di Cheras bernilai RM300,000 secara tunai pada usia 19 tahun.

Pemilik nama sebenar, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 20, berkata, tujuan dia berkongsi mengenai unit hartanah itu di saluran YouTube ialah untuk memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya kepada peminat.

“Perkongsian saya dalam YouTube sekadar memberi inspirasi sebab tidak mustahil remaja 19 tahun mampu beli rumah bernilai RM300,000 secara tunai.

“Jangan ingat mereka yang telah berumur sahaja mampu membeli rumah, orang muda juga boleh kalau mereka berusaha,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Masya yang juga juara program Ceria Popstar musim kedua itu mengulas dakwaan netizen yang menuduh dia menunjuk-nunjuk kemewahan apabila berkongsi video kediamannya dalam YouTube.

Masya yang berasal dari Kulim, Kedah memberitahu, kediaman itu dibeli hasil pemba­bitannya dalam kerjaya nyanyian melalui pelbagai pertandingan yang disertai sejak di bangku sekolah rendah.

“Saya kumpul wang sejak berumur sembilan tahun, sudah beratus pertandingan yang saya sertai dan kebiasaannya hadiah kemenangan berupa wang tunai daripada RM5,000 dan paling tinggi RM20,000 sewaktu jadi juara Ceria Popstar.

“Simpan hadiah kemenangan hinggalah akhirnya penghujung tahun lalu baru saya berjaya menunaikan impian untuk memiliki sebuah rumah yang dibeli secara tunai,” jelasnya

Masya berkata, wang untuk membeli rumah berkenaan dikumpul melalui pertandingan nyanyian semata-mata dan tidak termasuk hasil perniagaan kek dan popia yang baru diusahakan tahun ini.

“Sebolehnya jika sukakan sesuatu, saya akan beli secara tunai sebab saya tidak suka berhutang, nanti nak kena bayar bunga lagi rugi, selain susahkan diri sendiri di kemudian hari.

“Baik saya kumpul sedikit demi sedikit,” katanya yang tinggal di kediaman tersebut bersama ibunya.

Dalam pada itu, Masya me­ngakui dia terpaksa membuat pinjaman bank untuk membeli kereta kerana ibunya bimbang dirinya kerap menukar kende­raan.

“Kalau ikutkan saya memang mahu beli kereta secara tunai, tetapi ibu bimbang nanti saya akan kerap tukar kereta,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI