fbpx

Lima dihukum penjara, denda gara-gara pam dubur rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO – Sebuah mahkamah di Norway kelmarin menjatuhkan hukuman penjara ke atas empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah menembak udara termampat ke dalam dubur rakan mereka dalam satu insiden dua tahun lalu, lapor Daily Mail.

Tertuduh kelima dalam kes sama pula dikenakan hukuman denda. Hukuman dijatuhkan selepas hakim menolak hujah defendan bahawa perbuatan itu sekadar satu gurauan.

Menurut laporan, kejadian berlaku semasa mangsa tidak sedarkan diri akibat mabuk di satu parti pada 2018. Lima rakannya membawa satu mesin pemampat udara untuk melakukan perbuatan yang dikatakan sebagai satu gurauan.

Juri mendapati plaintif ‘terdedah’ kepada satu tahap tekanan tinggi di dalam dubur selepas udara dipam dari satu alat pemampat, menyebabkan kecederaan pada bahagian rektum serta otot sfinkter, menurut kertas keputusan yang dilihat agensi berita AFP.

Mangsa kemudian mengadu ada mengalami kecederaan fizikal dan psikologi.

Kelima-lima defendan berusia awal 20-an pada waktu kejadian memberitahu mahkamah bahawa perbuatan itu sekadar satu gurauan yang biasa dilakukan semasa berparti.

Empat tertuduh dihukum penjara maksimum tujuh bulan atas pertuduhan mencabul integriti fizikal mangsa atau merakam serta memuat naik kejadian itu ke laman sosial.

Tertuduh kelima didenda tetapi tiada jumlah dilaporkan. Di samping itu, plaintif dianugerahkan ganti rugi sebanyak 90,000 kroner (RM41,870). – AGENSI

POPULAR