fbpx

Bekas Pengurus Kanan Kewangan Nafas didakwa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Muhammad Saiful keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR –  Bekas Pengurus Kanan Kewangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM6,000 berhubung proses mempercepatkan pembayaran kontrak baja lima tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Saiful Iskandar Kassim,43, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga tertuduh yang kini memegang jawatan Pengurus Operasi pertubuhan itu didakwa secara rasuah memperoleh suapan sebanyak RM6,000 daripada Mohd. Ariff Nazir melalui pemindahan wang secara elektronik (online) dalam akaun Maybank.

Suapan itu sebagai dorongan untuk tertuduh mempercepatkan proses bayaran bagi kontrak menyediakan tenaga kerja, peralatan serta bahan bagi menjalankan kerja-kerja menghantar baja dari gudang Nafas di NPK Fertilizer Sdn. Bhd. Dan Agro Tech NPK (M) Sdn. Bhd.  ke gudang Nafas di Sabah dan Sarawak untuk kegunaanan NAFAS.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Cawangan Dataran Maybank, Jalan Maarof di sini antara 10 Disember 2015 hingga 26 Februari 2016.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM Selangor Fadhli Ab. Wahab mencadangkan ikat jamin RM30,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan alasan pertuduhan adalah serius kerana menerima rasuah.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.

“Saya mempunyai sembilan orang anak dan turut menjaga ibu saya. Selepas kes ini saya telah diturunkan jawatan (Pengurus Operasi) dan mohon mahkamah beri ikat jamin yang rendah,”  katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Azura membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM sekali sebulan sehingga kes selesai.

Tarikh 25 September depan ditetapkan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI