fbpx

Rokok seludup dan mercun RM25,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Tumpat Superintenden Ab. Rashid Mat Daud (dua dari kanan) bersama anggota polis menunjukkan rokok seludup dan mercun yang dirampas dalam serbuan di Tumpat.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT – Polis merampas 68,800 batang rokok seludup dan pelbagai jenis mercun bernilai RM25,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Wakaf Bharu, di sini semalam.

Ketua Polis Dearah Tumpat Superintanden Ab. Rashid Mat Daud berkata, dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 39 tahun dipercayai pengedar rokok bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan 346 karton rokok seludup pelbagai jenis.

“Susulan penemuan rokok itu, kita terus melakukan pemeriksaan di dalam rumah berkenaan sebelum menemui 105 kotak dan 414 batang mercun.

“Kita tidak menolak kemungkinan rokok-rokok ini untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini hari ini.

Ab. Rashid memberitahu, siasatan awal mendapati suspek merupakan pengedar rokok seludup di sekitar daerah ini sejak dua bulan lalu.

“Bagaimanapun suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dengan kes curi dan dadah selain saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 135 Akta Kastam dan Sekyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI