fbpx

42 wanita asing berkas dalam Op Noda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian wanita warga asing yang diberkas dalam Op Noda di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru malam semalam.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 42 wanita warga asing daripada pelbagai kewarganegaraan ditahan polis dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Taman Sri Tebrau, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, Op Noda itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen negeri.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan bagi membanteras gejala sosial terutamanya yang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI)

“Dalam operasi berkenaan, seramai 42 wanita membabitkan 39 warganegara Vietnam, lapan warganegara China, tiga warganegara Indonesia dan masing-masing seorang warganegara Myanmar serta Kemboja.

“Kesemua tangkapan gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah atau telah tamat tempoh permit kerja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kesemua tangkapan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, Mohd. Padzli turut memberitahu, pihaknya telah menahan seramai 31 warga asing dan seorang lelaki warga tempatan menerusi 29 serbuan melibatkan premis perniagaan runcit.

Katanya, operasi yang dijalankan secara berterusan bermula awal tahun ini sehingga Ogos lalu itu melibatkan premis perniagaan yang menjual rokok seludup tanpa cukai.

“Menerusi 29 serbuan itu, polis telah merampas 2,593 kotak dan 692 karton rokok tanpa cukai melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM9.379 juta.

“Modus operandi mereka adalah menjual rokok berkenaan pada harga antara RM4.50 hingga RM9.50 sekotak di premis perniagaan runcit yang menjual barangan harian,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI