fbpx

100 penduduk Napoh tanggal gelang merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Napoh gembira sementara menunggu gelang merah jambu ditanggalkan di pekarangan luar Klinik Kesihatan Napoh dekat Jitra hari ini.

JITRA – Kira-kira 100 penduduk sekitar Napoh dalam daerah Kubang Pasu hadir di pekarangan luar Klinik Kesihatan Napoh untuk menanggalkan gelang merah jambu sejak pukul 8 pagi tadi

Gelang kuarantin itu ditanggalkan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) hari ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 4,000 penduduk di empat mukim di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang diarahkan menjalani saringan Covid-19 bagi Kluster Sivagangga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI