fbpx

Polis kesan saksi kemalangan langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASIKAL dinaiki mangsa yang rosak dilanggar kenderaan yang tidak dikenali.

KLANG – Polis mengesan saksi kemalangan lari yang mengakibatkan seorang operator kilang maut dalam kejadian di Batu 2 1/2 Jalan Kapar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia 59 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang basikal sedang melintas jalan menghala ke tempat kerjanya.

“Mangsa kemudiannya dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenalpasti yang telah melarikan diri sejurus kejadian tersebut.

“Usaha mengesan individu terlibat sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 0134146144. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI