fbpx

Joy tak suka filter kamera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOY RED VELVET

PENYANYI Joy cukup terkenal dalam kalangan peminat sebagai selebriti yang gemar memuat naik gambar-gambar cantik menerusi Instagramnya yang kini memiliki lebih lapan juta pengikut.

Ketika ditanya tentang perkongsian semua gambarnya, Joy memberitahu tentang rahsianya yang mungkin tidak diketahui peminat.

Pertama, dia menggunakan khidmat orang lain untuk menangkap gambarnya kerana menyedari hasil foto yang ditangkap sendiri tidak memuaskan.

Namun, rahsia keduanya mungkin sangat berbeza daripada kebanyakan artis lain yang gemar menggunakan penapis kamera atau filter mahupun menyunting gambar mereka terlebih dahulu sebelum berkongsi dalam media sosial.

“Saya suka menggunakan kamera biasa ketika bergambar. Sebab kalau guna penapis, gambar yang ditangkap tidak nampak hidup.

“Jadi, saya gunakan kamera biasa meskipun gambar-gambar tanpa filter tidak mampu menyembunyikan ketidaksempurnaan,” ujarnya.

Peminat yang mengetahui rahsia Joy mengakui terkejut tetapi tidak berasa hairan kerana penyanyi kumpulan Red Velvet itu sememangnya seorang yang cantik semula jadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI