fbpx

Tujuh premis dikompaun, diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis makanan di Pantai Awam Jason Bay, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikompaun dan diarah tutup selepas gagal mematuhi SOP PKPP, kelmarin. Foto IHSAN POLIS

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Tujuh premis makanan di Pantai Awam Jason Bay, Tanjung Sedili di sini dikompaun selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kompaun dikeluarkan pasukan polis Task Force Covid-19 dalam operasi dilakukan dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pukul 4 hingga 7 petang.

“Semasa operasi dijalankan didapati kesemua premis gagal mematuhi SOP dan protokol KKM yang telah ditetapkan untuk mencegah penularan pendemik wabak Covid-19 kerana tiada kawalan pintu keluar masuk premis, tiada saringan suhu pekerja dan tiada rekod buku difenksi premis.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat premis yang diperiksa tidak mengamalkan penjarakan sosial di dalam kawasan premis,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, kesemua premis telah diarahkan tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Seksyen 18(1)(f) Akta 342 dan telah dimaklumkan mengenai kesalahan itu sebelum kompaun bernilai RM1000 dikeluarkan mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No.7) 2020.

Jelasnya, polis Kota Tinggi memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana premis yang melanggar SOP yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI