fbpx

RUU Pembiayaan Covid-19 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Persidangan Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) 2020 di peringkat dasar sebentar tadi.

RUU itu yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah dibahas secara adil oleh Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang sebelum diluluskan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung RUU itu berkata, kesemua pembiayaan rangsangan ekonomi itu disuntik daripada pinjaman domestik.

“Keadaan itu berikutan negara mempunyai tahap kecairan mencukupi dengan anggaran bernilai hampir RM146 bilion sekali gus mengurangkan risiko tukaran mata wang asing.

“Buat masa ini, kerajaan akan menggunakan instrumen pembiayaan dalam negeri kerana ia dapat mengurangkan pendedahan risiko tukaran asing serta risiko pembiayaan semula,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Tambah beliau, kerajaan juga bersedia menambah peruntukan suntikan dana fiskal dan membentangkan pakej rangsangan lanjutan mengikut keadaan semasa kelak.

“Pembentangan RUU itu hanya melibatkan suntikan langsung fiskal sebanyak RM45 bilion kerana ia adalah sejumlah wang yang akan dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Disatukan.

“Daripada jumlah RM45 bilion tersebut, sebanyak RM30.608 bilion telah disalurkan selain program subisidi upah mengambil pecahan paling besar,” jelasnya.

RUU tersebut melibatkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM45 bilion dengan memberi fokus berhubung pembiayaan kerajaan bagi mengurangkan kesan ekoran Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI