fbpx
Peniaga dakwa ikan hiasan yang dijualnya mati akibat tiada bekalan elektrik.

Peniaga dakwa rugi akibat TNB tersalah potong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang peniaga kedai ikan hiasan mendakwa terpaksa menanggung kerugian selepas bekalan elektrik premisnya di PJS 2B/3, Kampung Medan di sini dipotong pihak berkuasa semalam.

Menerusi hantaran Facebook milik Natasha Ramanov, dia mendakwa menyedari premisnya tiada bekalan elektrik pada pukul 12.30 tengah hari.

“Kecuaian pihak terlibat menyebabkan ikan hiasan saya mati sekali gus terpaksa menangung kerugian,” dakwanya yang tular di media sosial semalam.

Kosmo! difahamkan pemotongan itu dilakukan pagi semalam susulan operasi dijalankan Polis Daerah Petaling Jaya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengekang aktiviti perjudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal yang mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu memberitahu premis peniaga terbabit terletak di tingkat atas manakala premis disyaki menjalankan aktiviti perjudian online beroperasi di tingkat bawah.

“Pihak polis sudah memberikan alamat yang betul malah kita sendiri turun tunjuk premis yang tersenarai.

“Bagaimanapun, pihak TNB tersilap membuat pemotongan susulan ada dua kotak bekalan elektrik bersebelahan,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, pihak TNB melakukan pemotongan bekalan elektrik di 15 premis yang sebelum ini dijadikan tempat perjudian online. – K! ONLINE

POPULAR