fbpx

Nak pinjam RM30,000 tapi lesap RM49,890

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Hendak pinjam RM30,000 tetapi akhirnya terpaksa berputih mata selepas kerugian RM49,890 sejurus berurusan dengan ah long siber di laman Facebook.

Demikian nasib malang menimpa seorang kerani wanita berusia 35 tahun di sini selepas mematuhi semua arahan suspek tanpa menaruh sebarang syak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa memberikan maklumat peribadi kepada individu yang memuat naik iklan pinjaman tersebut di laman sosial itu pada 18 Ogos lalu.

“Pada hari yang sama, pengadu (mangsa) terima mesej daripada suspek melalui aplikasi WhatsApp dan memaklumkan ingin membuat pinjaman RM30,000,” katanya.

Ujar beliau lagi, mangsa diarahkan membuat pelbagai jenis bayaran ke dalam lima akaun dimiliki individu berlainan melalui 23 transaksi melibatkan nilai hampir RM50,000.

“Bagaimanapun, mangsa masih diminta membuat beberapa lagi bayaran dan menyebabkan dia berasa tertipu sebelum bertindak membuat laporan polis,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lelaki pekerja bengkel besi berusia 35 tahun di sini turut kerugian wang setelah berurusan dengan ah long siber di laman Facebook.

Menurut beliau, mangsa yang turut ingin meminjam RM30,000 telah diminta membuat beberapa jenis bayaran sebanyak RM6,450 ke dalam empat akaun berlainan melalui lima transaksi.

“Mangsa yang telah membuat bayaran itu berasa tertipu selepas diminta melakukan beberapa lagi bayaran lain.

“Kedua-dua kes tawaran pinjaman tidak wujud tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI