fbpx

Hafizh Syahrin pulang ke tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH (duduk) sempat merakam gambar bersama dua petugas di di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) semalam. Hafiz akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. – INSTAGRAM @mohd_hakiim

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah tiba di tanah air malam semalam bagi menjalani proses pemulihan susulan kece­deraan yang menimpanya ketika terlibat dalam kemalangan ngeri pada Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring minggu lalu.

Hafizh dibenarkan pulang ke tanah air oleh pasukannya, Aspar dan akan menjalani kuarantin wajib di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses rawatan seterusnya.

“Hafizh tiba di Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi (semalam) selepas mendapat kebenaran daripada pasukannya kerana perlumbaan seterusnya pada GP Misano akan berlangsung kira-kira tiga minggu lagi. Justeru, Hafizh akan menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari.

“Selepas tamat proses kua­rantin Hafizh akan balik ke rumah dan dijangka berlepas ke Misano pada 8 September nanti,” kata jurucakap Hafizh ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hafizh mengesahkan terlepas peluang berlumba pada GP Styria hari ini selepas doktor mengesahkan dia masih terasa sakit ketika pemeriksaan dilakukan kelmarin.

Justeru, penunggang pasukan Aspar tersebut mempunyai lebih tiga minggu untuk berehat untuk pulih menjelang perlumbaan di Itali bulan depan.

Ahad lalu, Hafizh terselamat semasa kemalangan ngeri di Litar Red Bull Ring selepas gagal mengelak motosikal penunggang Italtrans, Enea Bastianini yang terjatuh di atas litar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI