fbpx

Kanak-kanak lelaki mati dipercayai didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ezanee menunjukkan gambar suspek yang diburu bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak lelaki.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di pangsapuri Vista, Damansara di sini malam tadi.

Mangsa berusia dua tahun ditemui dalam keadaan tidak sedar diri atas lantai oleh ibunya sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis pada pukul 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran antara ibu mangsa berusia 23 tahun dengan teman lelakinya sebelum dia keluar meninggalkan mangsa bersama suspek bagi tujuan membeli makanan.

“Sebaik pulang, ibu mangsa mendapati anaknya berada di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala suspek berusia 26 tahun itu tiada di rumah.

“Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan ada kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala mangsa, namun punca kematian masih belum diketahui dan kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menurutnya lagi, pihak polis kini sedang mengesan suspek yang dikenali sebagai B. Jeetendraj bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan maklumat polis, alamat terakhir suspek di Jalan Nuri Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu dan dia memiliki sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru dengan nombor pendaftaran VCT 4194.

“Kita minta suspek serah diri atau sesiapa yang mengenalinya tampil menyalurkan maklumat.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI