fbpx

Gaya hidup serba mewah Mayweather

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
mayweather
MAYWEATHER dilaporkan pernah membelanjakan hampir RM321 juta setiap tahun bagi memenuhi kehendak diri. - AFP

LAHIR dalam keluarga yang dibelenggu masalah kemiskinan bukanlah penghalang untuk setiap orang mengecapi kejayaan dan kemasyhuran dalam setiap bidang diceburi.

Jaguh dunia yang dianggap sebagai petinju terbaik sepanjang zaman, Floyd Mayweather merupakan salah seorang individu dimaksudkan apabila berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Petinju kelahiran Amerika Syarikat itu telah meme­nangi pelbagai kejuaraan dunia dalam lima kategori berbeza sehingga berjaya memiliki kekayaan yang dianggarkan bernilai AS$505 juta (RM2.16 bilion).

Justeru, Kosmo! menyenaraikan antara perbelanjaan gila pernah dilakukan Mayweather sehingga dilaporkan pernah membelanjakan hampir AS$75 juta (RM321 juta) setiap tahun bagi memenuhi kehendak diri.

BERBELANJA BESAR BELI TIKET

Meskipun dianggap sombong menerusi perwatakannya, namun Mayweather merupakan seorang yang gemar membelanjakan tiket pertarungan kepada keluarga dan sahabatnya.

Dia telah membayar AS$605,000 (RM2.6 juta) bagi menjemput keluarga dan rakan-rakannya untuk menyaksikan pertarungannya menentang Canelo Alvarez di Las Vegas pada September 2013.

BARANG KEMAS BERNILAI JUTAAN DOLAR

Mayweather amat ‘menggilai’ barangan kemas dan menitikberatkan pemakaian barang perhiasan. Legenda tinju berusia 43 tahun itu memiliki koleksi barang kemas bernilai AS$18 juta (RM77 juta) yang terdiri daripada berlian dengan berat keseluruhan 260 karat.

mayweather

CINCIN PERTUNANGAN AS$10 juta

Mayweather pernah mengeluarkan AS$10 juta (RM42.8 juta) untuk membeli cincin pertunangan bertatahkan berlian buat Shantel Jackson, namun hubungan itu tidak kekal lama apabila mereka membawa haluan masing-masing.

PENGGEMAR KERETA MEWAH

Individu yang memiliki kekayaan luar biasa sentiasa menjadikan kereta-kereta mewah sebagai koleksi dan Mayweather tidak terkecuali.

Pada 2014, dia telah membeli kereta Ferrari Enzo bernilai AS$4.8 juta (RM20.5 juta) sebelum menjualnya dengan harga AS$3.3 juta (RM14.1 juta) selepas hanya memandu sejauh 321 kilometer.

IPOD BERTATAH BERLIAN

Minat Mayweather dalam bidang muzik cukup mendalam sehingga sanggup membelanjakan AS$50,000 semata-mata mahu mendapatkan rekaan khas Ipod yang bertatahkan berlian.

Walaupun dia mampu membeli Ipod baharu tetapi Mayweather tetap memasang rantai pada gajet kesayangannya bagi mengelakkan hilang atau dicuri.

mayweather

PAKAI KASUT SEKALI SAHAJA

Petinju yang terkenal dengan jolokan Pretty Boy itu juga tidak gemar menggunakan kasut sama berulang kali.

Mayweather mempunyai tabiat memakai kasut sekali sahaja dan akan meninggalkannya di dalam bilik hotel untuk staf yang mengemaskan bilik berkenaan.

SELUAR DALAM PAKAI BUANG

Menurut beberapa majalah yang pernah menghasilkan artikel mengenai profil Mayweather, petinju berkenaan tidak akan memakai seluar dalam lebih daripada sekali.

Difahamkan, dia akan membuang pakaian tersebut ke dalam tong sampah selepas memakainya dan sanggup menghabiskan AS$6,500 (RM27,777) setiap tahun bagi membeli seluar dalam.

ADA DUA JET PERIBADI

Petinju yang memiliki rekod tanpa kalah dalam 50 pertarungan itu amat gemar melancong, justeru tidak hairan dia membeli dua buah jet peribadi jenis Gulfstream IV dan Gulfstream V dilaporkan bernilai hampir AS$43 juta (RM183.8 juta).

Pesawat berkenaan dikatakan dilengkapi dengan 14 tempat duduk kulit mewah serta memiliki tempat letak gelas diperbuat daripada emas.

mayweather

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI