fbpx

Trump mahu boikot tayar Goodyear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 25 Jun lalu menunjukkan Trump berada di sisi kereta rasminya yang dikenali sebagai The Beast. – AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Do­nald Trump kelmarin meminta pengguna supaya jangan membeli tayar Goodyear, malah beliau mengugut mahu menukar tayar jenama popular tersebut yang digunakan pada kereta limosin berperisainya.

Ia berikutan laporan bahawa syarikat berkenaan me­larang pakaian yang menampilkan slogan politik Trump.

Stesen penyiaran Kansas, WIBW menyiarkan imej pada Selasa lalu yang menunjukkan slaid syarikat Goodyear menyatakan bahawa pakaian yang mempunyai kaitan dengan pelbagai kempen konservatif termasuk  slogan Trump ‘Jadikan Amerika Hebat Semula (MAGA)’ adalah dilarang.

“Jangan beli jenama tayar tersebut. Mereka mengumumkan pengharaman topi MAGA. Belilah jenama tayar yang lebih baik pada harga lebih murah,” kata Trump dalam satu kenya­taan di Twitter.

Beberapa jam kemudian, beliau melanjutkan kritikannnya.

“Saya tidak gembira dengan Goodyear. Mereka bermain politik,” kata Presiden AS itu kepada pemberita di White House.

Trump juga berkata, beliau akan mengarahkan supaya tayar berkenaan yang digunakan pada kereta rasminya yang digelar The Beast ditukar kepada tayar jenama lain.

“Ya, saya akan menukarnya, mari tengok apa yang akan ber­laku nanti ,” kata Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI