fbpx

Inter enggan pandang rendah Sevilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (kanan) berharap Lukaku (kiri) dapat meneruskan kecemerlangannya menjaringkan gol agar dapat membantu Inter bergelar juara Liga Europa musim ini. – AFP

COLOGNE – Ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte menggesa barisan pemainnya agar menampilkan aksi terbaik pada perlawanan akhir Liga Europa menentang Sevilla di Stadium Rhein Energie awal pagi esok.

Meskipun dianggap sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan itu, namun Conte percaya mereka akan berdepan cabaran sukar kerana menganggap Sevilla lebih berpengalaman apabila ber­aksi di pentas final kejohanan Eropah.

Justeru, beliau berharap pemain-pemainnya dapat meneruskan aksi konsisten mereka musim ini sekiranya berhajat untuk menjulang trofi tersebut awal pagi esok.

“Ia pasti menjadi satu perlawanan yang sangat sukar. Kami akan bertemu sebuah pasukan berpengalaman yang paling ba­nyak memenangi kejuaraan ini dalam tempoh 10 tahun.

“Kami perlu bermain dengan kemahuan tinggi. Hanya pasukan terbaik layak ke final, jadi kami perlu membuktikan kemampuan jika mahu menang,” katanya.

Bekas pe­ngurus Chelsea itu juga berharap gandingan Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez mampu untuk merobek gawang Sevilla.

“Walaupun beraksi sebagai penyerang tetapi mereka tidak terlalu tamak dan ego untuk turun membantu pemain-pemain lain tetapi dalam masa sama saya juga mahu mereka berdua cuba menjaringkan gol,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI