fbpx

Takahashi bakal umum persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAKAHASHI (depan) dilaporkan mahu bersara daripada sukan badminton dan dijangka mengumumkan perkara itu dalam beberapa hari lagi.

TOKYO – Bintang badminton Jepun, Ayaka Takahashi yang juga pemain beregu wanita dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 Rio dilaporkan bersedia untuk bersara daripada sukan tersebut.

Takahashi, 30, dan pasangannya, Misaki Matsutomo, 28, menjadi beregu wanita pertama Jepun memenangi emas Olimpik dengan menewaskan beregu dari Denmark, Christinna Pedersen dan Kamilla Rytter Juhl pada aksi final penuh dramatik di Brazil.

Difahamkan, Takahashi di­jangka melakukan sidang akhbar mengenai statusnya itu dalam beberapa hari lagi.

Dikenali ramai dengan permainan rejaman tajam dari belakang gelanggang, Takahashi yang berasal dari Nara telah membentuk pasangan dengan Matsutomo sejak berada di sekolah menengah yang sama di Miyagi.

Mereka berdua juga berjaya memenangi lima kejuaraan kebangsaan antara tahun 2011 hingga 2016.

Pasangan itu dikenali mesra dengan panggilan Taka-Matsu yang diambil sempena nama keluarga mereka.

Menariknya, Taka-Matsu merupakan beregu pertama Jepun menduduki No. 1 dunia dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berdasarkan format terbaharu pada Oktober 2014.

Pada masa sama, Takahashi juga seorang ketua pasukan buat Jepun ketika memenangi gelaran pertama Kejohanan Dunia Berpasukan atau Piala Uber dalam tempoh 37 tahun pada tahun 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI