fbpx

Dataran ais di Artik terbelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan dataran ais di Lautan Artik di Kanada pecah pada 30 Julai lalu.

RAKAMAN satelit daripada syarikat Planet Labs Inc. menunjukkan imej dataran ais Milne Ice Shelf yang pecah di Kutub Utara.

Terletak di pinggir utara Pulau Ellesmere, Kanada, dataran ais itu mula dikesan pecah pada 30 Julai lalu, lantas membentuk kawasan blok terapung bebas dengan keluasan sekitar 80 kilometer (km) persegi.

Kemudian, pada 3 Ogos lalu, dataran ais itu kelihatan terbelah kepada dua bahagian dan kedua-duanya terapung di Lautan Artik.

Satu bahagian berukuran sekitar 55 km persegi dan satu lagi 24 km persegi.

Kedua-duanya memiliki ketebalan ais sekitar 70 hingga 80 meter.

Dataran ais Milne Ice Shelf itu merupakan sebahagian glasier yang mengalir dari daratan ke lautan dan usianya sekitar 4,000 tahun.

Pada awal abad ke-20, dataran itu asalnya mempunyai keluasan 8,600 km persegi. Namun, sejak tahun 2000, akibat kesan pemanasan global, dataran ais itu semakin mengecil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI