fbpx

Enam pemilik penapis air RO dikompaun RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang memeriksa mesin penapis air RO di Kluang hari ini.

Oleh MOHAMAS FAHD RAHMAT

KLUANG – Pemilik enam mesin air osmosis berbalik (RO Water) layan diri dikompaun RM12,000 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kluang selepas disyaki tidak berlesen dalam tiga operasi berasingan di sekitar daerah ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kluang, Dr. Mohamad Nizam Subahir berkata, melalui operasi membabitkan 12 anggota dan pegawai itu, empat pemilik mesin air yang lain turut diberikan amaran kerana lesen tamat tempoh.

“Hasil siasatan mendapati mereka menyalahi Peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen yang sah.

“Jika sabit kesalahan di mahkamah dengan hukuman penalti di bawah Peraturan 397(2), boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara dua tahun.

“Ada juga empat kes di mana lesen mereka tamat tempoh dan diberikan amaran supaya memperbaharuinya segera atau berdepan tindakan sama,” katanya kepada pemberita hari iniz

Mohamad Nizam berkata, dakwaan juga boleh dilakukan sekiranya terdapatnya tindakan mengalih, mengubah atau menganggu mesin yang telah disita mengikut Sub-Seksyen 4(12), Akta Makanan 1983.

Menurutnya, operasi berkenaan bagi memastikan mesin air layan diri di daerah ini dalam keadaan yang memuaskan.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI