fbpx

Lukaku jadi sandaran Inter ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU (tengah) menjadi pertaruhan utama Inter selepas berjaya menjaringkan enam gol daripada sembilan perlawanan sepanjang kempen Eropah musim ini. – AFP

DUSSELDORF, JERMAN – Inter Milan harus berterima kasih kepada Romelu Lukaku kerana kecemerlangan penyerang itu me­nyaksikan The Nerazzurri berada pada landasan tepat untuk layak ke final Liga Europa musim ini.

Lukaku, 27, sudah menghasilkan enam jaringan daripada sembilan perlawanan dalam kempen Eropah selain berjaya menjaringkan 23 gol untuk 27 penampilan Serie A bersama Inter musim ini.

Justeru, naib juara Serie A itu diramal tidak berdepan masalah untuk melepasi cabaran jaguh Ukraine, Shakhtar Donetsk menjelang pertemuan separuh akhir di Arena Dusseldorf awal pagi esok.

Ketua jurulatih Inter, Antonio Conte gembira dengan situasi semasa apatah lagi selepas skuad kendaliannya dikurniakan ramai penyerang berbahaya seperti Lukaku, Lautaro Martinez dan Alexis Sanchez.

“Lukaku mengharungi musim yang cukup menakjubkan dan dia tidak akan merasai semua ini tanpa bantuan rakan-rakan sepasukannya. Jadi, tidak mustahil kami mampu menempa kejayaaan jika semua kekal bermain seperti sekarang.

“Saya cukup bertuah kerana ada penyerang-penyerang yang sudah terbukti mampu menja­ringkan gol sekali gus mengha­diahkan kemenangan buat pasukan,” katanya.

Kemenangan ke atas Shakhtar awal pagi esok akan membo­lehkan Inter bertemu pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Manchester United dan Sevilla, pada aksi final yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Ia sekali gus mencerahkan peluang Inter untuk memenangi trofi Liga Europa buat kali keempat selepas mereka pernah menjuarainya sewaktu edisi 1991, 1994 dan 1998. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI