fbpx

Barcelona dirundung malapetaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Kekalahan 2-8 yang direkodkan oleh Barcelona kepada Bayern Munich pada aksi suku ­akhir Liga Juara-Juara di Estadio Da Luz awal pagi semalam boleh dianggap sebagai malapetaka paling menyedihkan buat skuad gergasi Sepanyol itu.

Ia adalah kekalahan terburuk Barcelona dalam tempoh 74 tahun selepas kali terakhir The Catalan pernah diaibkan 0-8 Sevilla sewaktu menghadapi saingan Piala Raja Sepanyol pada 1946.

Keputusan itu bagaikan boleh dijangka selepas melihat situa­si pengendali Barcelona, Quique Setien menguruskan barisan pemainnya sejak mengambil kerusi panas sebagai ketua jurulatih jaguh La Liga tersebut daripada Ernesto Valverde pada Januari lalu.

Setien sememangnya gagal mengharmonikan bilik persalinan pasukannya sehingga kapten, Lio­nel Messi secara jelas menunjukkan dia sendiri tidak ‘sebulu’ de­ngan pengendali itu selepas gagal mempertahankan kejuaraan ­La Liga musim ini.

“Saya seorang tidak boleh memenangi perlawanan-perlawanan besar kerana saya bukan Cristiano Ronaldo (penyerang Juventus),” kata Messi.

Kini, aksi ‘ala kadar’ yang dipamerkan Barcelona sehingga di­belasah Bayern telah mencetuskan tanda tanya sama ada aura The Catalan sudah tenggelam atau ia adalah protes sepenuhnya oleh barisan pemain pa­sukan itu.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu percaya rombakan secara menyeluruh akan dilakukan dalam masa terdekat selepas menyaksikan pasukannya menamatkan musim tanpa sebarang kejuaraan utama buat pertama kali sejak 2008.

“Kekalahan ini adalah malapetaka buat kami dan saya percaya sesuatu perlu dilakukan secepat mungkin. Saya tidak tahu kenapa perkara ini boleh berlaku tetapi apa yang pasti tiada alasan boleh diberikan terhadap keputusan memalukan ini.

“Secara keseluruhan, apa yang kami boleh lakukan ketika ini adalah memohon maaf kepada penyokong. Mereka terpaksa menyaksikan aksi pasukan yang begitu lemah dan jauh daripada kualiti yang setanding dengan Bayern,” katanya.

Difahamkan, antara keputusan utama yang akan dibuat pihak pengurusan Barcelona dalam masa terdekat adalah memecat Setien. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI