fbpx

235 individu ditahan ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR – Seramai 235 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 individu telah direman manakala 220 individu dikenakan kompaun.

Menurut beliau, antara kesalahan yang dikesan termasuk menjalankan kegiatan pelacuran sebanyak 15 kes, gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk 26 kes dan premis beroperasi lebih masa 12 kes.

“Turut dikenakan tindakan adalah mereka yang tidak memakai pelitup muka 16 kes, kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial 165 kes dan gagal melunaskan bayaran kuarantin satu kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, pasukan pematuhan juga telah membuat pemeriksaan di 4,142 buah pasar raya; restoran (5,818); penjaja (1,640); kilang (1,622); bank (3,849) dan pejabat kerajaan (916).

“Selain itu, turut dipantau 1,587 terminal pengangkutan darat, 378 terminal pengangkutan air serta 99 terminal pengangkutan udara,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI