fbpx

SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen sempena PRK Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPR

TANJUNG MALIM – Dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPP) ditubuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini bagi memantau semua aktiviti calon ketika berkempen sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang bermula hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Azmi Sharom berkata, semua aktiviti kempen tiga calon yang bertanding pada PRK Slim kali ini akan dipantau termasuk pematuhan mereka terhadap garis panduan pencegahan koronavirus (Covid-19).

“Penubuhan dua pasukan ini dibuat selaras selaras dengan Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Calon juga tertakluk kepada 10 janji perlu dipatuhi di bawah yang ditandatangani mereka dalam Surat Aku Janji di bawah akta sama dan mana-mana undang-undang serta peraturan yang berkaitan sepanjang tempoh berkempen yang tamat pada pukul 11.59 malam 28 Ogos depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azmi, pihaknya mengingatkan semua calon agar tidak menggunakan bahan kempen yang mengandungi perkataan-perkataan jahat, berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti keagamaan atau yang boleh mendatangkan permusuhan.

“Calon dibenarkan mempamer dan mengedarkan bahan kempen yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol parti dan gambar pimpinan parti yang diwakili.

“Setiap ceramah perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka berkuasa untuk mengambil tindakan bagi aktiviti ceramah yang dijalankan tanpa permit,” katanya.

Katanya, SPR menjangkakan kira-kira 70 peratus pengundi keluar membuang undi sempena PRK DUN Slim ini.- K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI