fbpx

Henry calon terbaharu ganti Setien

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thierry Henry
HENRY dilaporkan berada dalam radar Barcelona untuk menggantikan tempat Setien. - AFP

BARCELONA – Legenda Arsenal, Thierry Henry mula dikaitkan dengan spekulasi menggantikan tempat ketua jurulatih Barcelona, Quique Setien ekoran kekalahan memalukan 2-8 kepada Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Dario Sport, pihak pengurusan tertinggi Barcelona sedia mempertimbangkan nama Henry sebagai calon pengganti memandangkan bekas penyerang itu pernah menyarung jersi The Catalan dari 2007 hingga 2010.

Selain Henry, seorang lagi bekas pemain Barcelona iaitu Ronald Koeman yang kini mengendalikan skuad antarabangsa Belanda, turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Ia termasuk dua nama yang sebelum ini pernah disebut-sebut menggantikan kedudukan Setien iaitu bekas ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dan bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Setien yang dilantik menggantikan bekas pengendali, Ernesto Valverde pada Januari lalu, dijangka dipecat oleh pengurusan Barcelona dalam tempoh terdekat.

Bukan itu sahaja, The Catalan juga dilaporkan akan memecat pengarah sukan pasukan itu, Eric Abidal ekoran pertelagahannya dengan kapten, Lionel Messi awal tahun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI