fbpx

PPM Sabah patahkan cubaan seludup minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM Sabah merampas sebuah lori berisi minuman keras pelbagai jenama dalam operasi khas Ops Benteng Covid-19 semalam

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah merampas sebuah lori berisi minuman keras pelbagai jenama dalam operasi khas Ops Benteng Covid-19 semalam.

Rampasan berkenaan sekali gus mematahkan cubaan menyeludup masuk minuman keras berkenaan ke negeri ini.

Dalam serbuan di kawasan tebing Sungai Lubuk Weston, Beaufort sekitar pukul 4.50 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas sepucuk pistol revolver Smith & Wesson.38 berserta 13 butir peluru.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, pihaknya juga menahan dua lelaki berusia 36 dan 48 tahun bersama lori berisi minuman keras terbabit.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori itu menemui pelbagai jenis minuman keras yang tidak dikenakan cukai.

“Semua minuman keras ini dipercayai cuba diseludup masuk dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Beaufort.

“Selain itu, kita juga menemukan sepucuk pistol bersama peluru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, selain lori, pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama wang tunai berjumlah RM8,759 dan mata wang Singapura.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM150,492 berdasarkan harga pasaran semasa,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 Seksyen 8 dan Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI